Senang je

Install App KiraMakan di Home Screen

Lepas selesai install, awak boleh buka app macam biasa terus daripada app icon di home screen di telefon. Rekod makanan awak disimpan dalam telefon awak dan akaun awak di pelayan kami.

Buka kiramakan.com/app

Buat semua step kat page tu ya

Pilih jenis fon yang awak guna:

iPhone Safari

  1. buka kiramakan.com/app dalam Safari
  2. tekan icon tiga titik (three dots) dekat bar bawah, kemudian pilih ikon Share (kotak dengan anak panah)
  3. skrol ke bawah, tekan "Add to Home Screen"
  4. tekan "Add" kat atas kanan
  5. tutup Safari, buka app ikon baru tu terus dari Home Screen di telefon, kemudian log in
Nota penting untuk iPhone

Dalam sistem iOS, rekod untuk app Home Screen lain dengan rekod dalam Safari tau.

Jadi, ikon Home Screen perlukan log masuk sekali.

Selepas log masuk, rekod makanan awak dari Safari akan diselaraskan ke app ikon tu.

iPhone Chrome: tekan ikon Share kat bar alamat, lepas tu tekan "Add to Home Screen".

Dah siap, macam mana nak tahu?

Awak akan nampak ikon KiraMakan di Home Screen. Bila tekan, ia akan buka penuh skrin macam app biasa, tanpa bar alamat (address bar).

Kalau masih tak berjaya, email kami di hello@kiramakan.com atau reply saja emel selamat datang dari kami tu. Kami akan cuba selesaikan secepat mungkin.