RAHSIA control makan cara mudah.
Taip atau snap gambar apa anda makan. Kami kira kalori dan protein ikut data KKM. Anda monitor baki kalori.

1 bungkus nasi lemak, ayam goreng, telur mata, teh tarik kurang manis
Teh tarik kurang manis memang pilihan bijak, jimat sikit gula.
Contoh sahaja, target 1,600 kcal.
Coach Kira ialah AI, bukan doktor atau pakar diet.

Kadang-kadang sampai nak mengelak pergi majlis yang ramai orang. Tak rasa konfiden macam dulu dulu.

Butang cangkuk semua dah tak sampai walaupun dah tahan nafas. Nak buang sayang.

Orang tegur kita kata "tanda bahagia", tapi bahagia dalam hati siapa yang tahu.

Rezeki pulak nak kena satu ofis dengan dia. Ujian hidup ni memang keras.

Kita bukan tak ikhtiar. Tapi so far apa yang dicuba ada saja yang tak kena.

Kita bukan putus asa. Cuma selama ni rehatkan minda sekejap. Penat.
Waktu kenduri, mak sedara besar hati tambah satu senduk extra nasi minyak atas pinggan. Dah rezeki, takkan kita nak tolak.
Lepas salam-salam, tak sempat nak letak beg, Mak bagitau gulai dia sekawah dah tunggu dekat dapur. Masakan Mak, kot. Balik kampung pun sekali-sekala.
Walaupun kita tahu sengetkan badan 45 darjah masa bergambar tu tidak membakar kalori, tapi foto-hack gaya ni cukup dah untuk kita rasa ok je nak tangguh lagi bab jaga makan.
Bila semua orang berkumpul nak bergambar, kita cepat-cepat cakap: "Takpe meh sini aku tolong ambilkan."
Sebab bila kita yang pegang telefon, kita rasa selamat tak ada dalam gambar.
Bila terbayang hari-hari kena hadap menu dada ayam rebus tawar dengan salad kosong, siapa je yang boleh tahan, kan?
Sebenarnya anda cuma perlu defisit kalori setiap hari. Sebab kunci penurunan berat badan adalah 80% dari pemakanan dan 20% senaman. KiraMakan App memang dibina khusus untuk bantu anda jaga bab pemakanan tanpa perlu seksa diri.
Jadi yang perlu dibuang bukanlah makanan feveret, tapi habit makan style autopilot tu saja yang tak boleh diteruskan.
Solusinya

Memperkenalkan Coach Kira, seorang personal coach AI yang faham Bahasa Melayu dan familiar dengan makanan rakyat Malaysia. Dia bukan manusia jadi jangan risau takde orang yang akan judge anda.
Listkan je apa saja yang anda makan atau semudah snap gambar makanan. Coach Kira akan bantu track dan sedia berikan khidmat nasihat dan motivasi untuk anda teruskan perjalanan kurus anda.
Target ni dah siap tolak defisit, jadi cecah 0 pun anda masih dalam defisit.
Baki sikit sebelum tidur macam ni dah cukup cantik, tidurlah dengan hati senang.
Nasi lemak, roti canai, teh tarik, kuih seri muka. Kiraan ikut database KKM/MyFCD.
Semudah hantar WhatsApp. Terlupa? Log je malam nanti.
Pukul 11 malam pun boleh tanya. Coach Kira tak tidur.
Kira Kalori
Percuma. Isi info di bawah untuk anggaran kalori harian.
Anggaran untuk kekalkan berat sekarang. App set target ikut matlamat anda.
Kiraan harian anda ikut 4 formula, berubah bila anda workout atau menyusu, dan puasa pun kita ambil kira. Nombor tu memang ikut kehidupan anda.
Mifflin-St Jeor Β· Harris-Benedict Β· Henry / Oxford Β· Katch-McArdle
Demo untuk anda cuba
Contoh sahaja, target 1,600 kcal. Target sebenar ikut profil anda. Nombor kalori ialah anggaran, bukan kiraan makmal.
Had kalori harian adalah berlainan untuk setiap individu. App KiraMakan ambil kira kalau anda exercise, puasa, IF, atau menyusu.
Log Makan dengan mudah. Nak edit log pun mudah. Kopi yang minum hari-hari tu boleh add dalam Favourites untuk lebih mudah nak add.
Apa kata pengguna
Jane ambil gambar tengah hari, Coach Kira kira satu-satu.
Anggaran Coach Kira untuk gambar ni.
peh gmba mcm ni die blh kira
Macam mana nak mula
1
Lihat keperluan kalori harian dan harga dulu.
2
Anda isi butiran sendiri kat ToyyibPay, lepas tu bayar sekali je guna FPX atau DuitNow QR.
3
Terus dari browser. Tak payah cari dalam App Store.
4
Anda set target je. Bab kalori makanan, biar kami setelkan
Siapa yang sesuai
Snap gambar pinggan atau taip lauk, Coach Kira tolong kirakan terus.
Pilih lauk kegemaran waktu lunch dengan hati yang senang.
Taip je 'separuh nasi goreng anak', Coach Kira boleh kirakan kalori tu.
Habiskan makanan anak dengan lega sebab limit kalori ada di hujung jari.
Makanan feveret anda? Boleh je, asalkan kita jaga baki kalori hari ni.
Puas makan hari ni, esok sambung je macam biasa.
Jaga defisit kalori, tahu limit harian dan ambil cukup protein, inshaaAllah sudah cukup untuk kekalkan atau turunkan berat tanpa rasa stress.
Happy ada sistem sokongan untuk monitor kalori bila tak dapat nak ke gym.
Taip seringkas satu ayat lepas makan, biar Coach Kira uruskan bahagian kiraan.
Tetap boleh jaga makan celah-celah jadual yang padat.
Apa yang anda dapat

Tanya Coach Kira siang atau malam, 20 mesej sehari.

Ikut database KKM/MyFCD. Log yang tak kena? Boleh betulkan dengan mudah.
Tak payah timbang gram, tak payah pening kepala hafal kalori lauk.

Sasaran kalori harian specific ikut profil anda, baki kalori sentiasa updated
Terus tahu berapa banyak ruang lagi yang ada untuk teh tarik waktu petang dan untuk makan lebih sikit waktu dinner.

Snap gambar pinggan pun boleh, taip ayat biasa pun boleh.
Log sambil tunggu lif pun sempat.

Tanda dengan satu tap. Ada Tab Sejarah tunjuk berapa hari anda puasa bulan ni.
Hari anda puasa, Coach Kira tak anggap kalori anda terlalu rendah.

Hanya akaun anda boleh buka log makanan. Staf kami tidak baca kecuali anda minta kami baiki masalah. Apa yang kami simpan, kami jaga ikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Makan apa pun, tak ada siapa boleh judge.
Cara masak lebih ringan, gandingan lebih ngam, atau jarakkan sikit. Tak payah berhenti makan terus.
Tak payah tinggalkan makanan feveret, Coach Kira cuma adjust sikit.
Tengok corak makan harian, berat dan BMI dari masa ke semasa tanpa rasa bersalah.
Senang tengok corak sebulan, takdelah stress bila nombor naik turun sikit.
Setiap pagi Coach Kira beritahu anda hari ke berapa (contoh: hari 12 daripada 30), dan tab Sejarah tunjukkan hari, skor, carta kalori serta kalendar protein anda.
Matlamat 30 hari jelas, senang nak konsisten hari demi hari.
Pilih masa untuk Coach Kira ingatkan, ikut jadual anda supaya tak terlupa.
Dia ingatkan waktu kita free, takdelah kacau masa tengah sibuk.
Cuba bayangkan
Balik kampung, Mak hidang gulai masak lemak ayam feveret anda. Anda makan, snap, dan terus sambung dengar cerita Mak.
Mak sedara tambah satu senduk extra nasi minyak. Anda senyum, terima, dan makan dengan tenang, sebab anda tahu baki kalori hari ni masih ada.
Kawan lama tegur, "Lain sangat dah awak ni. Gym ke, tak makan nasi ke?" Anda senyum je, "Takde lah, jaga makan je." Rupanya, jaga makan pun orang nampak.

Bila tiba masa untuk group photo, anda rasa yakin dan terus duduk di tengah.
Pukul 11 malam, perut lapar. Anda tanya Coach Kira dulu, bukan makan dulu baru menyesal.
Sebab bila makan autopilot, kita tak perasan kalori selalu terlebih.
Ataupun bila pilih untuk ikat perut cara sendiri, kita tolak member ajak minum petang walaupun sebenarnya masih ada ruang.
Dan tarikh kenduri atau cuti tu tak lari
hari lagi
Tawaran harga pelancaran
Untuk anda yang berumur 18 tahun ke atas, sila rujuk nota di bahagian bawah halaman.
Pilih Plan 30 atau 90 Hari Belum Pasti? Cuba Percuma 3 HariTakde pressure, simpan je dulu.
Simpan untuk nantiMungkin anda masih berfikir

Kita bukan tak nak. Tapi kalau kena control makan, macam mana nak enjoy?
Takde nak larang fav anda. Kita cuma kena pastikan makanan tu muat dalam baki kalori harini.
Enjoy makan, dan tetap tahu baki kalori hari ni.
Tapi leceh nak log setiap kali makan.
Jangan risau sebab app ni dibuat supaya kalau hari busy, waktu malam pun masih sempat untuk log breakfast pagi tadi. Dan kami design app ni dengan functions yg memudahkan anda untuk log setiap makanan.
Log ikut masa anda senang, bukan ikut jadual app.
Tapi malu nak tunjuk apa yang kita makan.
Anda taip & share je semua dkt Coach Kira, AI ni macam robot, tak ada perasaan nak judge.
Tiada sesiapa dalam team KiraMakan yang baca log makanan anda.
Tapi dah banyak kali cuba diet, semua tak jadi.
Saya faham. Kali ni bukan diet ketat. Awak tak payah tinggal nasi atau makanan feveret. Snap atau tulis je apa yang awak makan, saya kira dan tunjuk baki kalori harini. Sebab tak stress, senang nak konsisten berbulan-bulan.
Tak payah tunggu sampai betul-betul 'ready' pun. Kita mula je dulu n then pelan-pelan kayuh. Jom!
Tapi RM25 pun duit juga.
Betul tu. Sebab tu anda boleh cuba Coach Kira kat sini dulu, sebelum bayar apa-apa. Nak tengok sesuai ke tak.
Jom Mula
RM25 untuk 30 hari | RM59 untuk 90 hari | Bayar sekali, tiada auto-renew
Takde pressure, simpan je dulu.
Simpan untuk nantiKami tidak boleh menjanjikan sebarang perubahan dalam tempoh tertentu. KiraMakan tidak menggalakkan diet ketat atau meninggalkan waktu makan. Dalam tempoh dua minggu, anda akan lebih peka tentang pengambilan harian. Hari kenduri tersebut bukanlah penamat perjalanan anda.
KiraMakan bukan diet ketat. Tiada makanan dilarang, nasi pun boleh. Anda makan macam biasa dan lihat baki kalori harian. Sebab kaedah ini tidak menyeksa, jadi lebih mudah untuk diamalkan berbulan-bulan. Mulalah bila-bila masa anda rasa bersedia.
Log makanan semudah menghantar mesej WhatsApp, anda boleh menaip atau snap gambar. Jika anda terlupa, anda masih boleh log pada waktu malam.
Kiraan ini adalah anggaran, bukan kiraan makmal. Jika terdapat nombor yang kurang tepat, anda boleh membetulkannya dengan mudah.
Ya, boleh. Selepas bayaran, aplikasi ini akan menunjukkan cara untuk add ke Home Screen terus dari browser. Anda tidak perlu mencarinya di App Store.
Ya, ada Plan Free, tiada had masa. Anda boleh log makanan dari senarai makanan Malaysia, set target kalori harian, tengok baki kalori, dan semua rekod anda disimpan kekal. Ciri AI Premium perlu bayar: snap gambar makanan, taip apa yang anda makan untuk Coach Kira kirakan, dan tanya Coach Kira. Pro RM25 untuk 30 hari, Platinum RM59 untuk 90 hari, bayar sekali tanpa auto-renew.
Coach Kira menggunakan model AI termaju untuk baca mesej dan gambar anda. Setiap kali Coach Kira jawab, AI provider caj kami ikut penggunaan "token" (kepingan kecil teks). Jadi, setiap perkataan yang dihantar kepada Coach Kira akan ada kos sebenar, berlainan dengan app tanpa fungsi AI. Team KiraMakan sentiasa berusaha untuk menurunkan kos operasi dan memperbaiki kualiti aplikasi dan servis agar harga yang anda perlu bayar pun kekal rendah.
Sebelum bayar, anda boleh cuba Tanya Kira di bahagian atas halaman ini secara percuma untuk lihat cara Coach Kira mengira makanan anda. Sekiranya anda tukar fikiran selepas bayar, kami tidak boleh beri refund. Bayaran dibuat sekali sahaja dan tiada auto-renew. Jika bayaran berjaya tetapi anda tidak dapat akses disebabkan kesilapan kami, kami akan baiki atau lanjutkan tempoh anda. Jika anda berumur bawah 18 tahun dan tidak boleh gunakan app ini, sila email kami di hello@kiramakan.com untuk refund penuh.
Data umur, tinggi dan berat anda disimpan dalam telefon anda dan akaun anda, dan tidak dihantar kepada AI.
Bukan, Coach Kira ialah AI. Itulah sebabnya harganya jauh lebih berpatutan. Coach Kira ada untuk anda pada bila-bila masa, siang atau malam.